Pelancaran Program 4S (Senyap, Senyum, Sapa, Salam) telah dijalankan pada 7 januari 2013. Program ini merupakan program sepanjang tahun yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid SK Bayan Lepas dengan kerjasana Unit Displin dan Unit Bimbingan dan Kaunseling. :
Program Pembudayaan 4S diharapkan agar dapat memantapkan lagi kualiti disiplin dan sahsiah pelajar, mengukuhkan pembudayaan adab serta pembentukan jati diri dalam kalangan warga sekolah.
Objektif :
- Melahirkan murid yang berdisiplin, berketrampilan dan mempunyai daya saing yang tinggi.
- Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang harmoni dan selamat.
- Mengurangkan kes salah laku disiplin murid.
- Membentuk sikap jati diri, berfikiran positif terhadap diri sendiri, rakan sebaya dan sekolah.
- Mengamalkan budaya 4S kepada semua guru, tetamu dan rakan.




