↑ Return to PBS

Jaminan Kualiti

PEMENTORAN

Pementoran PBS adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk  melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur pelaksanaan yang ditetapkan.

Objektif Pementoran:

a.  Memberi bimbingan, khidmat bantu dan nasihat mengenai pelaksanaan dan pengurusan PBS
b.  Meningkatkan kemahiran pelaksanaan pentaksiran dalam kalangan guru yang dibimbing/menti
c.   Meningkatkan kompetensi dan keyakinan guru yang dibimbing/menti
d.   Membantu guru menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS
e.   Membina rangkaian kerja dan hubungan profesional antara mentor dan guru yang dibimbing/menti

Jenis Pementoran
a.  Formal
b.  Informal
Jenis Mentor
a. Mentor Dalaman terdiri daripada

i. Ketua Panitia dan/atau
ii. Jurulatih Utama dan/atau
iii. Guru Cemerlang dan/atau
iv. Guru Besar dan/atau
v. Mana-mana guru yang dilantik

b. Mentor Luaran terdiri daripada:

i. Pegawai Lembaga Peperiksaan dan/atau
ii. Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan/atau
iii. Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah dan/atau
iv. Mana-mana pegawai yang dilantik

Kekerapan pementoran adalah mengikut keperluan

Pelaksanaan Pementoran:

a. Membimbing guru menggunakan standard prestasi dan aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS)
b. Membantu guru menyediakan instrumen pentaksiran
c. Mendedahkan penggunaan pelbagai jenis instrumen pentaksiran
d. Memastikan pelaksanaan pentaksiran seiring dengan pengajaran dan pembelajaran
e. Mendapatkan maklum balas untuk penambahbaikan pengajaran
f. Menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru yang dibimbing/menti